Perbarisan dan Perarakan Pertabalan Agong ke 14

Perbarisan dan perarakan pertabalan Agong ke 14 iaitu Sultan Kedah akan diadakan pada 13/12/2011, pada pukul 6.45 pagi hingga 7.45 pagi. Kepada semua rakan hanm diminta hadir ke tapak perbarisan yang telah ditetapkan untuk Radio Amatur di hadapan balai polis anak bukit (no.47). daripada SU KSARC.

Eyeball dan Seminar ASTRA

Pada 2hb dan 3hb Dec 2011 bertempat di Pantai Merdeka.ASTRA Malaysia menganjurkan satu seminar besar besaran bersama SKMM,MKN dan JKM dengan Tajuk "RADIO AMATUR DAN HALA TUJU dan juga EYEBALL PERDANA pada 2hb mlm..Pendaftaran Rm28.00 utk setiap peserta termasuk kos seminar,makan minum dihari seminar dan masa eyeball dan tapak utk penginapan (khemah)penyertaan adalah terhad..Berharap semua ahli2 ASTRA MALAYSIA dapat memberi sokongan dan komitmenyg tinggi demi kemantapan Persatuan.SILA LAYARI WEBSITE ASTRA UNTUK MENDAPATKAN KETERANGAN LEBIH LANJUT

Kecurian.

Kereta milik anak kepada abg saad (9w2hkg) bernombor KCX 9797 Myvi berwarna hitam, dicuri pada jam 9 pagi ini di Petronas Jln Tun Razak Alor Setar. Lokasi terakhir di yang di kesan gurun. Jika rakan2 menjumpai sila hubungi balai polis terdekat atau hubungi 9w2hkg di talian 0163355733.

Eyeball lagi...

Cikgu Fauzi 9W2CFZ menjemput semua rakan kota setar,
ke base station beliau di Taman Belimbing, Jalan Tanjung Bendahara pada 26/10/2011 iaitu hari rabu dan masa adalah pada 8.30 malam. Jumpa di sana...

Eyeball Hi-Tea

Lokasi Eyeball kali ini bertempat di Kompleks Hijau Kuning
Tarikh: 22/10/2011
Masa: 3.30 petang hingga 6.30 petang
Semua ahli kelab di jemput hadir.

Hari Malaysia dan Merdeka 2011



Team Astra Negeri Kedah bersama rakan ham KSARC bersama berganding bahu dalam perbarisan Hari Malaysia dan Merdeka 2011. Tahniah diucapkan. 
Gambar ini diambil dari 9M2DAN

Majlis Buka Puasa 2011




Majlis ini diadakan di rumah anak yatim PERKIM Darul Aitam Wal Masakin, Lorong Seri Jalan Langgar. Seramai 150 rakan ham yang hadir, termasuk rakan dari perlis dan sik. Majlis ini diadakan pada 20.8.2011
 

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua rakan-rakan HAM.

Mesyuarat Persiapan Akhir Majlis Berbuka Puasa

Mesyuarat akan diadakan pada ketetapan seperti dibawah:

Tarikh : 16. Ogos. 2011
Masa : 10.00 malam (selepas solat terawih)
Tempat : Restoran Tepi Sungai, Jalan Stadium.

Semua Jawatankuasa dikehendaki hadir, harap maklum. 

Ujian Kod Morse Siri 2 / 2011

Untuk makluman
Ujian Kod Morse Siri 2 / 2011 telah dibuka
Tarikh Ujian: 28.9.2011
Tarikh Tutup Permohonan: 19.8.2011
kepada rakan-rakan ham yang berminat boleh melayari website MCMC untuk maklumat lanjut

Eyeball 9.8.2011

Satu Eyeball akan diadakan pada 9.8.2011, selepas solat terawih. Lokasi Restoran Nur Zilla, Titi Besi berhadapan Sekolah Rendah Agama Darul Saadah, Kepala Batas. Eyeball ini diadakan bertujuan menyelaras program berbuka puasa pada 20.8.2011. Rakan-rakan Ham yang ingin membuat pembayaran bagi Majlis berbuka puasa turut dialu-alukan kehadiran anda. Jumpa di sana...73

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Untuk makluman kepada semua ahli dan rakan ham, Kelab Radio Amatur Kota Setar akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim PERKIM Darul Aitam Wal Masakin, lorong seri, jalan langgar pada 20.8.2011. Bayaran dikenakan untuk tujuan Jamuan berbuka puasa dan sumbangan duit raya kepada anak yatim. Ahli dan rakan ham akan dikenakan bayaran sebanyak RM20.00, jika membawa isteri bayaran dikenakan sebanyak RM10.00 manakala anak tidak dikenakan bayaran ( bayaran tambahan dialukan). Tarikh akhir pendaftaran ialah pada 10.8.2011. Bayaran dan pendaftaran boleh dibuat kepada mana-mana Jawatankuasa Kelab. Harap maklum