Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua rakan-rakan HAM.

Mesyuarat Persiapan Akhir Majlis Berbuka Puasa

Mesyuarat akan diadakan pada ketetapan seperti dibawah:

Tarikh : 16. Ogos. 2011
Masa : 10.00 malam (selepas solat terawih)
Tempat : Restoran Tepi Sungai, Jalan Stadium.

Semua Jawatankuasa dikehendaki hadir, harap maklum. 

Ujian Kod Morse Siri 2 / 2011

Untuk makluman
Ujian Kod Morse Siri 2 / 2011 telah dibuka
Tarikh Ujian: 28.9.2011
Tarikh Tutup Permohonan: 19.8.2011
kepada rakan-rakan ham yang berminat boleh melayari website MCMC untuk maklumat lanjut

Eyeball 9.8.2011

Satu Eyeball akan diadakan pada 9.8.2011, selepas solat terawih. Lokasi Restoran Nur Zilla, Titi Besi berhadapan Sekolah Rendah Agama Darul Saadah, Kepala Batas. Eyeball ini diadakan bertujuan menyelaras program berbuka puasa pada 20.8.2011. Rakan-rakan Ham yang ingin membuat pembayaran bagi Majlis berbuka puasa turut dialu-alukan kehadiran anda. Jumpa di sana...73

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Untuk makluman kepada semua ahli dan rakan ham, Kelab Radio Amatur Kota Setar akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim PERKIM Darul Aitam Wal Masakin, lorong seri, jalan langgar pada 20.8.2011. Bayaran dikenakan untuk tujuan Jamuan berbuka puasa dan sumbangan duit raya kepada anak yatim. Ahli dan rakan ham akan dikenakan bayaran sebanyak RM20.00, jika membawa isteri bayaran dikenakan sebanyak RM10.00 manakala anak tidak dikenakan bayaran ( bayaran tambahan dialukan). Tarikh akhir pendaftaran ialah pada 10.8.2011. Bayaran dan pendaftaran boleh dibuat kepada mana-mana Jawatankuasa Kelab. Harap maklum